Dilantik sebagai Sultan Perak Sultan_Ismail_Muabidin_Riayat_Shah_ibni_al-Marhum_Syed_Shaikh_al-Khairat

Baginda dilantik sebagai Sultan Perak berikutan ketidakhadiran Raja Muda Perak iaitu Raja Muda Abdullah pada hari pemakamam Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah (25 Mei 1871) di Sayong dan hari pemasyhuran Sultan baru bagi negeri Perak. Ketidakhadiran ini kerana akibat terlalu takut dibunuh oleh Raja Di-Hilir Yusuf dan pengikut-pengikutnya akibat permusuhan lama antara kedua-dua keluarga kerana terpaksa melalui kawasan Raja Yusuf iaitu Senggang dan Sayong, Perak. Setelah 30 hari menunggu Raja Abdullah yang tidak datang serta setelah lebih sebulan lamanya jenazah Almarhum Sultan Ali terbujur dan tidak dikebumikan, kerana belum diisytiharkan pengganti baginda, akhirnya Orang-Orang Besar Perak yang diketuai oleh Orang Kaya Menteri Ngah Ibrahim bin Long Jaafar telah menabalkan Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak pada 28 Jun 1871.